Blog

Info from Us

Ciri-ciri laman web yang baik

Sistem Pengurusan Isi Kandungan (CMS- Content Management System)

Seperti yang diketahui terdapat puluhan jenis CMS di pasaran. Baik dari jenis sumber terbuka mahupun komersial. CMS ini dapat memudahkan kita untuk menguruskan laman web tersebut. CMS mengandungi dashboard yang memudahkan pemilik laman web melakukan kemaskini dengan sangat mudah berbanding kaedah menggunakan editor offline seperti menggunakan dreamweaver dan seumpamanya.

 

Laman web yang responsif (Responsive Web Design)

Laman web yang responsif merujuk kepada isi kandungan dan paparan sesuatu laman web berdasarkan medium paparan yang digunakan. Contohnya sekiranya laman web tersebut dipaparkan menggunakan telefon bimbit, maka laman web tersebut akan menyesuaikan paparannya berdasarkan saiz skrin telefon bimbit berkenaan. Laman web yang responsif adalah sangat penting bagi memastikan setiap pelanggan yang melayari laman web anda tidak kira apa pun jua peralatan sama ada komputer meja, komputer riba, tab atau telefon bimbit dapat mengakses laman web tersebut dengan mudah dan selamat. Di sani.my kami akan memastikan setiap laman web yang dibina oleh kami mempunyai ciri ciri responsive web design khususnya bagi pengguna telefon bimbit. Ini kerana majority pelayar internet masa kini datangnya dari sumber telefon bimbit.

 

Interaktif Banner.

Banner yang interaktif (animated / slider) merupakan antara isi kandungan yang perlu ada didalam laman web. Ini bagi menampakkan laman web tersebut lebih hidup dan interaktif. Selalunya interaktif banner ini di tempatkan di muka hadapan.

 

WYSIWYG Editor (What You See Is What You Get)

Laman web yang baik juga harus di lengkapi dengan editor WYSIWYG bagi memudahkan anda untuk kemaskini laman web sendiri sekiranya anda mempunyai kakitangan yang boleh mengemaskini laman web tersebut atau tidak mempunyai budget untuk urusan web maintenance. Ia tidak sukar yang disangkakan, namun ia juga tidak lah semudah yang disangkakan sekiranya anda tidak mempelajari cara menggunakannya.

 

Peta Laman (Sitemap)

Adalah sangat penting bagi sesebuah laman web mempunyai peta laman atau sitemap. Ini kerana dengan sitemap, laman web anda lebih mudah dan lebih cepat terindeks di enjin carian khususnya google.com. Sekiranya laman web anda terindeks di google, maka potensi laman web anda dipaparkan setiap kali carian menggunakan keyword yang berkaitan dengan laman web anda adalah sangat tinggi. Ini sekaligus dapat menjimatkan kos pengiklanan menggunakan google adword dan seumpamanya.

 

Fast Loading Website

Adalah amat penting bagi satu satu laman web mempunyai keupayaan memaparkan isi kandungan dengan pantas. Ini bagi mengelakkan pengunjung mengalami screen freeze atau hang. Ini sekaligus akan menyebabkan pelanggan atau pengunjung laman web anda tidak lagi melayari laman web anda.

 

Search Engine Optimization (Web Optimization)

SEO merupakan perkara yang sangat kritikal. Tiada guna sekiranya laman web anda cantik dan canggih tetapi di enjin carian, laman web anda gagal ditemui. SEO bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ini kerana ia memerlukan kemahiran dan juga masa. Oleh yang demikian, janganlah anda hairan sekiranya syarikat yang menawarkan perkhidmatan SEO menawarkan khidmat pada harga yang agak tinggi. Di sani.my, semua laman web dibuat penetapan SEO agar laman web yang dibina bukan sahaja dapat menyampaikan maklumat bahkan mendapat tempat di enjin carian.

 

** Sekiranya anda berminat untuk dapatkan laman web dengan ciri-ciri yang dinyatakan diatas, sila hubungi kami hari ini di talian: 019-5557606 atau klik sini

About Us

Sani.my is web design company based in Johor Bahru, Malaysia. Start in 2005/2006 and establish in 2010. Offer web design, web developer, ecommerce developer, SEO and online marketing.

FOLLOW US

Latest Post

27 February 2018
27 February 2018
26 February 2018

Get your free quotation today!


Get Quotation