Blog

Blog

5 Sebab kenapa pilih saya

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
5 sebab utama kenapa anda perlu langgan perkhidmatan freelance profesional seperti saya untuk membina laman web idaman anda.

  1. Harga berpatutan: Terdapat banyak syarikat di luar sana yang menawarkan perkhidmatan membina laman web. Dan boleh dikatakan hampir kesemuanya mengenakan charge bermula serendah MYR 3500.00 tanpa atau dengan hosting yang limited sedangkan freelance seperti saya menawarkan pakej serendah MYR 1200 termasuk, domain, hosting dan email!

  2. Menjimatkan masa:Freelance web designer seperti saya hanya menumpukan satu projek pada satu masa. Contohnya saya sedang menyiapkan laman web anda pada ketika itu, projek lain yang datang selepas itu akan di letakkan dalam keadaan menunggu sekiranya pihak tersebut sanggup menunggu. Saya hanya akan menumpukan perhatian satu laman web dalam satu masa sahaja bagi menjamin kualiti dan menjimatkan masa. Berbanding sesetengah syarikat yang mengambil banyak projek dan berjalan serentak dan sudah pastinya akan mengambil masa untuk disiapkan

  3. Mudah digunakan: Laman web yang di bina oleh saya lebih berorientasi kepada pelawat laman web. Ini bagi memudahkan mereka untuk navigasi laman web tanpa sebarang masalah atau kekeliruan. Ramai designer yang memfokus kepada kecantikan laman web semata mata tetapi sukar digunakan akibat terlalu banyak “gimik” yang tidak perlu pada laman web tersebut. Saya pernah jumpa satu laman web yang masing menggunakan perkataan terbang2 dan scrolling seperti laman web tahun 1998 dahulu! Laman web yang dibina oleh saya juga adalah jenis responsif dimana ia boleh dipaparkan menggunakan komputer, tablet, ipad, telefon android dan ios tanpa sebarang masalah. Laman web yang direka dan berfungsi dengan baik memberikan keyakinan kepada pelawat web tentang produk dan servis yang anda tawarkan. Persaingan di internet sangatlah kritikal, oleh itu, first impression adalah sangat penting!

  4. Mesra mesin gelintar (Search Engine Friendly / SEO): Secantik dan secanggih mana pun laman web itu, namun sekiranya ia tidak dapat di paparkan di search engine, maka ia tidak berguna. Oleh yang demikian, setiap laman web, saya akan memastikan laman web tersebut terindeks dengan baik di search engine.


>>Contact your Freelance Web Designer to build your website today!
Image
Web designer Malaysia

Search